Lihat Bagaimana Wanita Ini Lipat & Susun Baju Dengan Kemas Di Rumah. Sangat Efektif!

Posted on

Bila masuk hujung minggu, baru ingat nak rehatkan badan bersenang-lenang di rumah. Tapi, bila tengok baju-baju yang nak kena lipat, aduh!. Perasaan malas tu kita saja yang tahu. Sebenarnya, untuk mengelakkan situasi sebegini, ada caranya yang anda boleh ikuti.

Malah cara ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengemas baju dengan mudah, malah rumah dan bilik pun akan jadi kemas dengan serta merta! Nak tahu caranya? Jom kita panduan ini langkah demi langkah .

LANGKAH PERTAMA

www.facebook.com/zuera.burn

Keluarkan semua pakaian dan kumpulkan di satu tempat yang paling lapang dalam rumah. Lepas tu asingkan ikut tuan baju atau kegunaan termasuk pakaian dalam, stokin,tudung,tuala dan cadar even langsir pun serta kain untuk lap habuk,meja dan sebagainya.

LANGKAH KEDUA

www.facebook.com/zuera.burn

Wujudkan bakul untuk setiap ahli rumah sebenarnya lebih senang. Selepas proses pertama fokus kepada 1 ahli rumah dan buat penilaian kepada baju sama ada masih perlu atau tidak. Jika pakai hanya setahun sekali anda fikirkan tempat yang sesuai mana nak letak baju tu asingkan pakaian malam, siang,sekolah,sukan dan lain-lain ikut keperluan so nanti bila dah siap kita nampak banyak mana baju yang kita ada untuk sesuatu keperluan.

Contohnya tudung selepas kita dah asingkan nanti anda akan nampak banyaknya bilangan tudung itu untuk satu-satu warna. So nampak tak anda cenderung kepada warna apa. Sampaikan ada satu warna sampai 20 helai so nanti shopping jangan beli dah warna tu okay. Selepas ni boleh fokus kepada almari masing2 pula ye..

LANGKAH KETIGA

www.facebook.com/zuera.burn

Belajar cara lipat baju yang betul bulan gulung-gulung sumbat jer ye sebab saya pernah tengok ibu anak 5 dah dia lipat baju gulung dan sumbat je memang takde kebas dan gosok2 pun pada baju. Kesian pula tengok.

Ok ade pelbagai cara lipat baju.. tengok almari lebar mana untuk satu2 bahagian..ok sila belajar ye nak guna alat ni pun boleh. Dulu saya wujudkan alat ini utk setiap anak tapi since dah pandai lipat tanpa alat ni saya let go dah semua so hasil dari ini juga boleh bagi anak kemahiran lipat kain tau.

LANGKAH KEEMPAT

ovelifeandmyjourney.blogspot.my

Untuk ruang yang besar biasanya laci la cadangan saya buat macam ni blh DIY guna kotak jer atau bakul ikut kreativiti anda la.

www.facebook.com/zuera.burn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *