‘Saya Bukan Perempuan Sis, Saya Cantik Sebab Buat Pembedahan’ – Pengakuan Jujur Ris Ulala Tarik Perhatian Netizen

Posted on

Baru-baru ini tular di media sosial dengan kecantikkan Riz Ulala yang dikatakan 10 kali ganda lebih menawan dari jutawan kosmetik Nur Sajat. Tersebar beberapa keping gambar yang boleh buatkan ramai lelaki cair. Dan ada sesetengah netizen membandingkannya dengan Nur Sajat.
Dan pada hari kelmarin pula tular sebuah video dimana Riz Ulala dengan terbukanya mengaku yang dia adalah seorang lelaki, tanpa berselindung dia menjawab persoalan-persoalan netizen terhadap dirinya.
Tidak seperti Nur Sajat yang bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa dirinya adalah wanita tulin, mungkin dia terlupa yang dia pernah mengakui dirinya mak nyah seketika dahulu, dan video berkenaan juga sudah tular.
Video Riz Ulala sedang makan di depan kamera sambil bersiaran secara langsung di Instagram mendapat perhatian netizen apabila dengan terbuka membuat pengakuan mengejutkan.

Dia mengakui bahawa dirinya seorang lelaki dan tidak memakan sebarang jamu untuk menjadi cantik, malah dia terang-terangan mengatakan dia melakukan pembedahan.
‘Makan jamu apa? Saya bukan perempuan sis nak makan jamu. Kita operation sis.’
Dan ada netizen yang bertindak nakal dengan bertanyakan tentang halkumnya, adakah dia ingin membuang halkum? Dan Riz Ulala dengan bersahaja mengatakan bahawa dia tidak akan menjalankan pembedahan membuang halkum kerana berpendapat ciptaan Tuhan berkenaan sudah cukup indah.
Sumber: sajeshare.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *